Jom bakar perut

Bismillah.

Selamat Hari Minggu!

Mesti ramai yang ada masa terluang hari ni kan. So jom kita sama-sama bakar lemak perut. Kajian menunjukkan yang “abdominal obesity” (lebihan lemak di kawasan perut & pinggang) meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti diabetes type 2, masalah kardiovaskular, dan macam-macam lagi la.

Rujuk di sini —-> Waist Size Matters

Senang cerita, nak tengok tahap kesihatan seseorang tu, tengok perut je. 1st sekali, pemakanan mesti kena jaga, tambah pulak dengan high intensity interval training ni, insyaAllah boleh bantu kurangkan masalah perut. So jom exercise!

p/s: Untuk mereka yang nak ikut panduan senaman selama 28 hari dan dapat kesan yang awesome, boleh follow di sini.

No regrets, let’s embrace the future

Bismillah.

Sedar-sedar je dah 2 minggu tak update blog. Sedar-sedar je dah nak masuk tahun ke-4 kitorang kahwin. Sedar-sedar je umur dah 27 tahun dah tahun ni. Semua baru nak tersedar tibe-tibe kan. Rasa cepat kan masa berlalu.

Tengah kemas-kemas bilik ofis ni, tibe-tibe terjumpalah external hardisk Iman yang penuh dengan gambar-gambar lami kami.

Tak pasal-pasal mengimbau kenangan lama. Dah lama tak bukak file-file dalam ni, penuh dengan khazanah dunia rupanya hehe

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

1st day in France

Continue reading

Resepi sihat : Peanut Butter Paratha

Bismillah.

Kali ni nak share sikit, resepi sihat sebagai alternatif dalam pemakanan kita. Faham sangat, kadang-kadang memang susah nak control craving for snacking ni. So instead of makan benda-benda yang tinggi gula, garam dan lemak, kita tukar kepada yang lebih sihat. Ok tak?

Boleh la cuba buat peanut butter paratha ni, senang sangat nak buat, dalam 15 minit dah boleh siap. Yang penting sedap, tinggi protein dan less sugar. Selamat mencuba 🙂