Masalah berat badan ke masalah lain?

Bismillah.

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kalau ada salah silap sepanjang perkenalan. Mana tahu ada terkasar bahasa ke, terguris hati or apa-apa je mintak ampun mintak maaf ok.

Lepas seminggu raya ni, dah ada beberapa kenalan yang mula contact untuk mulakan program. Baju beli time bulan puasa dah mula ketat dah. Terlebih makan time open house la tu hehe. Sepanjang lebih 7 tahun dah saya coach orang, yang start program dengan saya semuanya akan cakap yang mereka ada masalah berat badan.

Tapi persoalanya adakah tu masalah yang sebenarnya?

Berat badan tak pernah bermasalah. So kalau mereka bukan ada masalah berat bedan, apa masalah mereka?

Biasanya sebelum saya start coaching orang, saya akan buat sikit wellness evaluation, nak check peratus lemak, kadar metabolism, saya akan check gaya hidup dia, apa yang dia biasa ambil time sarapan, lunch, dinner, berapa kali exercise, etc then dari situ biasanya saya dah boleh detect apa masalah sebenarnya.

Biasanya masalah mereka ialah :

1. Susah nak control keinginan untuk makan – rasa macam nak menguyah je sentiasa. Biskut-biskut, kerepek-kerepek, kuih-kuih ke atau benda-benda manis. Kadang-kadang dah kenyang dah pon, tapi still rasa nak makan lagi. Sampai ada yang tahap makan sebab bosan, dah tak tahu nak buat apa, makan jela.

2. Waktu makan yang tak teratur – biasanya saya perasan mereka yang kerja shift ataupun waktu makan yang tak konsisten ni memang lagi mudah untuk naik berat. Waktu tidur yang berubah-ubah pon boleh mempengaruhi jugak.

3. Kadar metabolisma yang rendah – metabolisma ialah proses badan tukarkan apa yang kita makan kepada tenaga. Ianya berbeza mengikut individu dan dipengaruhi faktor umur, komposisi badan dan jantina. So ada orang yang memang dah jaga makan semua tapi still lambat nak turun sebab metabolisma die memang rendah. Mereka ni kena buat extra-work sikit untuk boost metabolisma tu.

4. Senang give up dan tak konsisten – determination dan psikologi setiap insan tu berbeza. Ada yang sekali dia dah decide memang dia akan go all out. Dan ada jugak yang perlukan support dan sokongan yang lebih untuk pastikan mereka sentiasa on track. Bukan salah mereka tak konsisten, mereka cuma perlukan different approach.

5. Faktor persekitaran, keluarga & rakan – kalau orang-orang disekitar mereka jenis makan banyak & tak amalkan gaya hidup yang sihat, mereka kebiasaanya akan terikut macam tu jugak. Tapi jangalah pulak nak salahkan orang-orang sekitar kita, apa pon semua bermula dari diri kita juga.

So lepas ni dah tahu dah, berat badan tak pernah bermasalah, masalahnya kita yang susah nak control craving makan, masalah mudah dipengaruhi oleh kawan opis ke atau masalah dah control makan semua tapi berat naik jugak sebab memang metabolisma rendah.

Bila kita tahu sumber masalah tu dari mana, barulah tahu macam-mana nak selesaikan. On my part, saya memang akan rangka program mengikut masalah individu tu, barulah lebih efektif dan dapat hasil.

Tu sahaja, selamat hari raya, sila makan berpada-pada di hari raya ni 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s