Bagaimana coca-cola memberi kesan kepada badan dalam masa 60 minit

Bismillah.

Kita semua tahu yang minuman berkarbonat seperti coca-cola mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi dan lagi best coca-cola juga boleh digunakan untuk bersihkan tandas rumah kita.

Tapi tahu tak apa kesan minum coca-cola terhadap sistem badan kita?

Niraj Naik, dari website The Renegade Pharmacist telah melakukan kajian dan ini hasil kajian beliau :

o-COCA-COLA-900

10 Minit Pertama : 10 sudu the gula masuk ke dalam sistem badan anda ( Ini adalah 100% dari kuantiti pengambilan harian yang disyorkan ) Anda tidak segera muntah dari kemanisan yang sangat tinggi kerana asid fosforik memastikan rasa tersebut dikawal.

20 minit kemudian : Kadar gula dalam darah meningkat dengan mendadak, menyebabkan kadar pembebasan insulin yang sangat tinggi untuk mengubah gula-gula tersebut menjadi lemak ( Kadar gula sangat banyak ketika ini )

40 minit kemudian : Penyerapan kafein selesai. Anak mata mula membesar, tekanan darah anda mula meningkat disebabkan tindak balas hati yang membuang lebihan gula ke dalam salur darah. Reseptor adenosine disekat dan mencegah dari mengantuk.

45 minit kemudia : Badan meningkatkan lagi penghasilan dopamine yang meransang pusat keseronokkan di dalam otak. Dari segi fizikal ianya sama sebagaimana heroin berfungsi.

60 minit : Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zink di dalam usus, sekaligus meningkatkan lagi metabolism. Ini diburukkan lagi dengan dos gula dan pemanis tiruan yang sangat tinggi dimana ianya meningkatkan lagi perkumuhan kalsium.

Selepas 60 minit : Sifat diuretik kafein mula menunjukkan kesannya ( Ia menjadikan anda perlu kencing ). Anda akan membuang segala kalsium, magnesium dan zink yang telah diikat tadi, yang sepatutnya menuju ke tulang, sekaligus dengan sodium, air dan elektrolit.

Kadar gula jatuh dengan mendadak, anda akan mula rasa cepat marah atau lembap. Anda juga telah membuang semua air yang terdapat di dalam coca-cola, dimana air tersebut telah bersebati dengan nutrien-nutrien penting dalam badan.

Tak faham takpe, yang penting kena faham yang kandungan gula yang sangat tinggi dalam minuman, bukan coca-cola sahaja, apa sahaja jenis minuman yang manis, tidak lah berapa elok untuk kesihatan.

Kebanyakan orang yang kami coach pon, biasanya boleh control makan, tapi sebab tak boleh control minum manis ni, memang susah sangat nak bakar lemak. Secawan air manis dalam lingkungan 200-400 kcal. Dah macam separuh pinggan nasi dah.

Jadi, pilihlah air kosong, banyak sangat khasiat air kosong ni, free pulak tuh.

Jom sama-sama kita cuba ubah tabiat minum kita ni, untuk jadi lebih sihat dan lebih jimat hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s