Berapa kadar waktu bersenam yang bagus?

Bismillah.

10fit-600

Semua orang tahu bersenam tu memang bagus dan penting untuk kesihatan badan. Tapi memang ada konflik terutama dari pakar-pakar fitness dan kesihatan ni pasal kuantiti bersenam terhadap kehidupan kita. Kita tak dapat ukur sikit sangat ke, atau terlebih bersenam ke, ada yang cakap kalau bersenam terlebih-lebih ni tak elok la, dan macam-macam lagi.

Persoalanya, berapa banyak kurang atau terlebih bersenam?

Tak diragui lagi, berapa sekali pun jumlah senaman yang kita buat, banyak ke sikit ke tentu sekali lagi bagus dari tak bersenam langsung. Bersenam tak macam kita ambil ubat, dimana doktor atau farmacist ada bagi dos untuk kita ikut jadi kita boleh elakkan dari kesan-kesan sampingan kalau terlebih dos.

Kebanyakan agensi kerajaan dan badan-badan kesihatan  mensyorkan untuk kita bersenam secara sederhana sebanyak 150 minit seminggu untuk membina dan mengekalkan kesihatan dan kecergasan. Tapi semua masih tak pasti adakah itu jumlah  minimum yang kena buat atau adakah ianya jumlah yang ideal atau kalau buat lebih dari tu adakah tak elok untuk badan dalam jangka masa yang lama.

Oleh itu terdapat kajian yang dijalankan dan diterbitkan di JAMA internal medicine untuk menjawab persoalan persoalan tersebut.

Secara ringkasnya, kajian dijalankan daripada data tentang tabiat bersenam lebih dari 661000 orang dewasa di pertengahan usia.

Mereka mendapati :

  • Mereka yang tidak bersenam langsung mempunyai risiko kematian awal yang paling tinggi ( tidak mengejutkan lansung )
  • Mereka yang bersenam sedikit tapi tak mencapai kadar yang disyorkan iaitu 150 minit seminggu, risikonya turun sebanyak 20%
  • Mereka yang mencapai kadar yang disyorkan, menikmati gaya hidup yang lebih baik dan risikonya kematian awal turun sebanyak 31%
  • Tetapi mereka yang mendapat faedah lebih baik, gaya hidup yang lebih bagus dan risiko kematian  yang paling kurang sehingga 39% ialah mereka yang bersenam 3 kali ganda lebih banyak dari kadar yang disyorkan. Mereka biasanya melakukan aktiviti yang sangat sederhana seperti berjalan, 450 minit seminggu atau lebih kurang 1 jam setiap hari.
  • Bersenam lebih lebih dari tu, tidaklah bagi kesan yang lebih baik dan tidak pula bagi kesan yang tak baik.

Jadi kesimpulan yang kita boleh ambil ialah, cuba amalkan sekurang-sekurang 150 minit seminggu apa-apa aktiviti fizikal untuk mendapatkan kesihatan, dan gaya hidup yang lebih baik. Sekurang-kurangnya just berjalan dekat taman-taman ke, kawasan perumahan kita ke, lagi bagus kalau boleh join mana-mana group yang ada buat aktiviti macam aerobik, zumba atau lain-lain.

Untuk mereka yang berdekatan area bandar baru bangi, bolehlah join aktiviti-aktiviti dekat studio kami, boleh contact saya untuk dapatkan sesi percuma. (0122755456)

11708049_10206434191768000_5884779757469676572_o

sumber : http://well.blogs.nytimes.com/2015/04/15/the-right-dose-of-exercise-for-a-longer-life

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s